SPRM mengesahkan mereka sedang menyiasat tuduhan rasuah FAS

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa mereka telah membuka kertas siasatan berhubung kes rasuah di dalam pasukan Sarawak FA.

Pemangku Pengarah SPRM Kuching Zulhairi Zainal menyatakan bahawa kertas siasatan teesebut telah dibuka ekoran laporan yang dibuat oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Zulhairi turut mengesahkan SPRM sedia maklum akan kenyataan media FAS berhubung isu tersebut dan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat kes tersebut secara terperinci.

FAS sebelum ini telah menggemparkan seluruh bolasepak Malaysia dengan mendakwa ada di antara pemain pasukan Sarawak FA telah disyaki bertindak mengatur perlawanan.

Dakwaan tersebut hadir selepas Sarawak FA tewaa mengejut kepada Felcra FC di saat akhir biarpun berjaya mendahului dua gol sepanjang perlawanan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top