SMK Seri Setia juara Bolasepak Bawah-18 tahun Kuching

Pasukan bolasepak SMK Seri Setia muncul juara Kejohanan Bolasepak Bawah-18 tahun Kuching hari ini selepas menewaskan SMK Matang Jaya (gambar) dengan bergaya di Padang Bolasepak SMK Matang Jaya.

SMK Matang Jaya yang dijangka berupaya mengulangi kemenangan 2-1 ke atas SMK Seri Setia di peringkat kumpulan, nyata hampa sepanjang perlawanan selepas beberapa gerakan cantik yang dihasilkan gagal menerjah jaring seperti yang diharapkan.

Sebaliknya, pemain-pemain SMK Seri Setia menggunakan kemahiran bermain di atas padang yang becak untuk menyumbat empat gol, sekaligus dinobatkan kejuaraan pertandingan petang tadi.

Selain kejuaraan Pertandingan Bolasepak bawah 18-tahun tersebut, pemain SMK Seri Setia Mohamad Azim turut membawa balik anugerah penjaring terbanyak pertandingan.

Hadiah telah disampaikan oleh En Yazid dari Jabatan Pelajaran Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top