Pasukan bola sepak SMK Petra Jaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Sepak MSSM 15TKB Zon B Kuching hari ini selepas menewaskan SMK Matang Jaya dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak SMK Matang Jaya.
SMK Petra Jaya yang turun sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan walaubagaimanapun terpaksa bekerja keras sepanjang perlawanan dengan pasukan tuan rumah juga mempamerkan aksi mantap.
Biarpun demikian, SMK Petra Jaya berjaya mendahului pada babak pertama melalui satu gol, sebelum memastikan kejuaraan milik mereka apabila menyumbat gol kedua pada babak kedua perlawanan.
Pasukan SMK Matang Jaya yang enggan mengalah sepanjang perlawanan menerima keputusan kekalahan mereka dengan tangan terbuka dan kelihatan tetap bersemangat biarpun terlepas hajat kejuaraan pada kali ini.
Kemenangan SMK Petra Jaya menandakan berakhirnya pertandingan tersebut dengan Majlis Penutupan pertandingan disempurnakan oleh En Roslan Juis, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Matang Jaya.
Sumber gambar: SMK Matang Jaya