Slot Liga Super semakin jauh dari capaian Kuching City selepas seri dengan Selangor II

Niat kelab Kuching City untuk mengiringi Sarawak United ke Liga Super pada musim hadapan semakin sukar

Ini adalah ekoran keputusan seri yang dicapai petang tadi yang mana menyaksikan Kuching City dan Selangor II sekadar berkongsi mata.

Gol Kuching City dijaringkan pemain gantian Joseph Kalang Tie melalui sepakan penalti pada minit ke-62, sebelum George Teteh menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Keputusan seri itu bermaksud Kuching City kini hanya boleh mengutip mata maksima sebanyak 35 du dalam Liga Premier.

Oleh itu, pasukan The Cats memerlukan Negeri Sembilan untuk tidak memenangi semua baki perlawanan Liga Premiernya untuk memperolehi peluang ‘mencuri’ slot ke Liga Super.

Tambahan pula, pasukan bimbingan Irfan Bakti juga perlu mengalahkan pasukan Negeri Sembilan sendiri dalam pertembungun 1 September ini bagi memastikan laluan mereka lebih mudah untuk ke Liga Super.

Sungguhpun demikian, pasukan Negeri Sembilan dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk memenangi sekurang – kurangnya satu perlawanan dari baki tiga perlawanan yang akan ia tempuhi dalam masa terdekat, sekaligus memberikan pasukan tersebut 35 mata, yakni mata yang cukup untuk mereka melayakkan diri ke Liga Super dengan perbezaan jaringan gol.

Biarpun demikian, bola itu bulat dan jika nasib menyebelahi Kuching City, peluang ke Liga Super musim ini sememangnya masih ada tetapi ianya semakin mengecil.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top