Skuad Muda Padawan cari bakat baru bolasepak

Sebuah pasukan bernama Skuad Muda Padawan (SMP) ingin mencari bakat baharu di dalam bolasepak bagi mewakili pasukan mereka.

Menurut maklumat yang disampaikan kepada pihak SarawakCrocs, pemilihan pemain akan diadakan pada 1 Oktober 2017 bertempat di padang bola sepak SK St Patrick Semadang.

Menurut wakil SMP Hezron Jerin, pihak SMP berminat menyenaraikan pemain dari semua posisi, namun mereka haruslah warganegara Malaysia dan berumur 13 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pemilihan SMP, termasuk juga masa sesi pemilihan akan berlangsung, sila hubungi pihak penganjur di talian 0146587114 (Hezron).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top