Pemain bolasepak wanita Sarawak, Siti Rohani Saptu telah dinobatkan sebagai pemain bolasepak wanita terbaik Malaysia semalam.
Beliau telah dianugerahkan trofi tersebut dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 yang bertempat di ibu negara.
Siti yang merupakan penyerang berkaliber bagi pasukan Sarawak, membuktikan kredibilitinya apabila beraksi cemerlang dalam kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 yang bertempat di Miri.
Dalam kejohanan itu, Siti menjadi penyerang sensasi untuk pasukan Sarawak, tetapi turut juga membantu membawa Sarawak menjuarai kejohanan tersebut buat kali pertama dalam 30 tahun penganjurannya.
Pihak SarawakCrocs mengucapkan tahniah atas penganugerahan tersebut.