Sibu District FC cari pereka logo baharu

Kelab Bolasepak Sibu District hari ini mengumumkan mereka kini sedang mencari lambang baharu bagi kelab tersebut.

Dalam pada itu, kelab bola sepak baharu itu kini menganjurkan satu pertandingan mencipta logo bagi mencari lambang dan identiti kelab tersebut, dengan hadiah wang tunai bernilai RM500 ditawarkan kepada pemenang pertandingan.

Menurut poster pertandingan yang dikongsikan di media sosial kelab tersebut, peserta yang menghantar logo untuk menyertai pertandingan mencipta logo Sibu District FC haruslah juga ‘LIKE’ page Sibu District.

Selain itu, lambang yang direka juga tidak harus menyinggung perasaan mana – mana pihak, dan juga tidak sensitif kepada mana – mana agama, budaya atau kepercayaan.

Poster pertandingan tersebut tidak ada menyatakan ciri – ciri yang perlu ada pada logo yang direka, sekaligus memberi indikasi pereka logo bebas mencipta logo sebagaimana mereka rasa paling bertepatan bagi mewakili Sibu District.

Bagi yang berminat, tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Januari tahun hadapan, dengan semua penyertaan dihantar melalui email.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan logo tersebut, anda boleh pergi ke laman Sibu District FC.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top