Sibu dan Bintulu mara ke suku akhir LBR Wanita Kebangsaan

Pasukan Sibu FA dan Bintulu FA masing-masing layak ke peringkat suku akhir Liga Bolasepak Rakyat Wanita edisi yang pertama dalam saingan kumpulan A sekaligus menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan johan dan naib johan.

Pasukan Sibu FA terlebih dahulu menewaskan pasukan Bintulu FA 3-1 pada hari pertama kejohanan (4 Februari) di Padang UPM Bintulu.

Sibu FA terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menewaskan pasukan Sekolah Sukan Sabah 3-1 melalui sepakan penalti selepas terikat 0-0 pada 90 minit permainan pada perlawanan kedua yang diadakan di hari yang sama.

Namun, Samarahan FA bangkit di hari kedua kejohanan peringkat kumpulan dengan mengalahkan Sibu FA 1-0.

Dua kemenangan tersebut sudah memadai untuk Sibu melayakkan mereka untuk peringkat suku akhir Liga Bolasepak Rakyat 2017.

Pasukan gabungan Bintulu dan Miri  turut bagai menerima talian hayat setelah berjaya menang menentang Sekolah Sukan Sibu 2-0 dan mengalahkan Samarahan 3-1 setelah dikalahkan Sibu FA 3-1.

Pasukan Bintulu dan Sibu akan meneruskan cabaran Liga Bolasepak Rakyat peringkat suku akhir pada 10 dan 12 Februari ini.

Untuk rekod, ini adalah tahun pertama LBR Wanita diadakan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top