Khabar gembira telah diterima oleh pihak SarawakCrocs apabila terdapat desas desus menyatakan bahawa satu perlawanan yang melibatkan pasukan Sarawak FA bakal disiarkan secara langsung pada bulan hadapan.
Buat masa ini, perlawanan yang bakal mendapat liputan langsung Media Prima itu tidak diketahui, namun ianya dikatakan merupakan perlawanan di tempat lawan.
Sungguhpun demikian, daripada jadual Liga Super yang di muat naik pihak kami di Kalendar Bolasepak ini, jelas hanya satu perlawanan sahaja yang melibatkan pasukan Sarawak FA di tempat lawan pada bulan Mac, yakni perlawanan di Stadium Tun Razak di Pahang, menentang Felda United. Pelawanan tersebut adalah pada 4 Mac.
Satu lagi perlawanan adalah pada 11 Mac di Perlis, namun dengan perlawanan Piala FA tersebut dimainkan pada sebelah petang, ianya agak meragukan untuk disiarkan secara langsung.
Apapun, berita pasukan Sarawak FA bakal mendapat liputan perlawanan siaran langsung audah pasti akan disambut peminat bolasepak Sarawak yang sudah jemu menanti peluang menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di kaca TV.



