Menjelang aksi penting menentang Terengganu FC II malam ini, pasukan bimbingan David Usop dilaporkan menghadapi masalah pertahanan yang kritikal.
Ini adalah ekoran kecederaan yang melanda dua tonggak pertahanannya, yakni Ramesh Lai dan Ronny Harun.
Menurut sumber terdekat SarawakCrocs, kedua-dua Ramesh dan Ronny hampir pasti tidak dapat beraksi malam ini, dan situasi ini akan memaksa David memilih diantara Thanaraj, Riduwan Maon dan Dzulazlan Ibrahim sebagai pengganti.
Ketiadaan Ronny juga turut sedikit merencatkan perancangan David di bahagian tengah kerana Ronny juga sering bermain di posisi berkenaan sepanjang ketiadaan K Gurusamy. Dengan Gurusamy kini masih cedera, tanggungjawab mengemudi bahagian tengah Sarawak kini terletak di tangan pemain veteran, Shahrol Saperi.
Sarawak perlu menang malam ini, dan misi tersebut dilihat semakin sukar dengan senarai kecederaan skuad bimbingan David yang kian memanjang. Kekalahan akan menyebabkan Sarawak terus sukar untuk menyaingi pasukan-pasukan lain di Liga Super, dan sekaligus mungkin menyaksikan Sarawak mungkin kembali ke Liga Premier musim hadapan.
DAPATKAN PELEKAT KALIS AIR SARAWAK/BUJANG SENANG/FAS/MAN U DI KEDEY@SARAWAKCROCS SEKARANG.