Serian secara rasminya mempunyai persatuan bolasepak bahagian

Sumber SarawakCrocs di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan bahawa Bahagian Serian kini sudah memiliki sebuah persatuan bolasepak secara rasminya.

Menurut sumber kami ini, persatuan tersebut berjaya didaftarkan secara rasminya minggu ini, dan dijangka akan bergerak aktif di dalam membangunkan bolasepak di Bahagian Serian.

Sumber kami turut memetik bahawa anak kepada salah seorang Menteri merupakan Presiden sementara kepada persatuan bolasepak tersebut, dengan sumber-sumber SarawakCrocs di Serian memaklumkan bahawa antara misi pertama persatuan bolasepak Serian adalah untuk menyertai Liga Bolasepak Rakyat.

Adalah difahamkan bahawa pengumuman persatuan baharu ini juga dijangka akan dibuat dalam masa terdekat, dan ianya akan menjadi pentas terbaik bagi anak muda, khususnya yang berketurunan Bidayuh untuk mewarnai arena bolasepak Sarawak dan Malaysia.

Sebelum ini, SarawakCrocs telah melaporkan bahawa Serian berminat untuk menyertai LBR dengan hasrat mewujudkan persatuan sendiri bagi tujuan itu.

PROMOSI: Dapatkan sehingga 20% DISKAUN apabila anda membeli baju SarawakCrocs di laman ini. Gunakan KOD ‘MERDEKA‘ semasa membuat pembayaran untuk menikmati diskaun tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top