Seorang lagi bekas pemain import dijangka mencuba nasib bersama Sarawak FA

Seorang lagi pemain import yang ‘agak terkenal’ dijangka akan mencuba nasib bersama pasukan bimbingan Ian Gillan dalam tempoh masa terdkat.

Menurut sumber kami, pemain tersebut bermain di posisi penyerang, namun boleh juga bermain sebagai pemain tengah. 

Semasa bersama pasukan Sarawak, beliau menjadi penjaring terbanyak pasukan Sarawak FA, dan telah digugurkan pada akhir musim 2015 berikutan kecederaan.

Penyerang dari salah satu negara Eropah ini dikhabarkan telah menerima jemputan untuk sesi pemilihan, dan beliau dijangka tiba pada 29 Disember ini.

Adalah dfahamkan status beliau belum diputuskan, namun beliau sememangnya amat berminat untuk menyertai semula pasukan Sarawak FA untuk kempen 2018.

Sarawak FA kini di dalam proses mencari pemain baharu selepas melantik Ian sebagai jurulatih baharu pasukan tersebut bagi musim 2018.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top