Semua pemain berkeyakinan dan bebas dari kecederaan

29 JUN – Ketua jurulatih Sarawak David Usop telah memberi bayaangan bahawa beliau akan menurunkan barisan terkuat apabila pasukan Bujang Senang terbang ke Kota Bharu hari ini untuk perlawanan menentang pasukan Kelantan FA.

Beliau yang ditemuramah akhbar Utusan Borneo ketika majlis rumah terbuka Setiausaha Agung FAS Razali Dolhan menyatakan semua pemain di bawah bimbingannya kini berkeyakinan tinggi untuk beraksi di Kota Bharu pada 1 Julai kelak.

David turut mengesahkan rehat panjang sempena bulan Ramadan telah memberi ruang kepada semua pemain untuk pulih dari sebarang kecederaan, sekaligus menyaksikan semua pemain pasukan Bujang Senang kini bebas dari kecederaan.

Kelantan FA yang kini menduduki pertengahan Liga Super Sarawak FA di dalam situasi hampir sama dengan Sarawak FA, yang mana kedua-dua pasukan perlu menang untuk memastikan dapat terus kekal di Liga Super pada musim hadapan.

Kemenangan ke atas Kelantan FA akan menjarakkan Sarawak FA dari kelompok terbawah Liga Super, sekaligus memberi kelegaan kepada peminat pasukan tersebut. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top