Semangat anak Sarawak akan dibawa ke Piala Malaysia

Kuching City akan mengerahkan ‘semangat Sarawak’ apabila bermain di Piala Malaysia kelak.

Menurut ketua jurulatih The Cats, Irfan Bakti, beliau sememangnya sedar pasukannya kini akan menghabiskan musim di Pasir Gudang, namun itu tidak bermakna pasukannya akan kekurangan semangat.

Irfan yang mula mengemudi Kuching City musim ini melahirkan perasaan bangga beliau kerana pasukan Kuching City akan membawa ‘anak Sarawak’ ke pentas Piala Malaysia kelak.

Beliau yang dihubungi SarawakCrocs berkata semangat anak Sarawak ini akan dijadikan sandaran oleh pasukannya untuk memberikan yang terbaik dalam pertandingan itu kelak.

// DAPATKAN BAJU EDISI KHAS KUCHING CITY FC

Beliau dalam pada itu berjanji Kuching City akan memberikan yang terbaik sebagai pasukan yang dibintangi ramai pemain Sarawak yang berjiwa semangat Sarawak, dan akan memastikan pasukannya berjuang selagi terdaya di dalam kempen Piala Malaysia kelak.

“Semua perlawanan kami main di luar Sarawak tapi semangat sebagai Anak Sarawak tetap di bawa.” kata Irfan kepada kami.

“Semangat ini yang telah membuatkan kami sepasukan berjuang habis – habisan dalam Liga Premier, dan kami akan menggunakan semangat ini lagi untuk memberi saingan yang terbaik di Piala Malaysia kelak.” kata Irfan lagi.

Kuching City layak ke Piala Malaysia buat kali kedua dalam sejarah penubuhannya, dan akan bertemu pasukan yang pernah memenangi piala berprestij tersebut seperti Terengganu, Selangor dan Perak apabila saingan bermula 26 September ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top