Pahang FC bakal tukar jurulatih?

 

Khabar angin di media sosial kini bergoyang kencang bahawa pasukan bolasepak Pahang bakal menukar jurulatih mereka ekoran keputusan kurang memberangsangkan sejak Liga Malaysia bermula musim ini.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, kedudukan jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi bakal diketahui berdasarkan keputusan Pahang menentang Sime Darby FC, dimana kekalahan bakal menyaksikan Ahmad dikenakan tindakan.

Di media sosial, nama bekas pemain kebangsaan Argentina Luis Alberto Islas Ranieri menjadi sebutan ramai sebagai penganti Ahmad, dengan beberapa individu menyatakan bahawa Luis sudahpun dalam perjalanan ke Malaysia untuk memeterai kontrak bersama Pahang.

Pahang kini di kedudukan terbawah Liga Super apabila belum mengecapi nikmat kemenangan selepas empat perlawanan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top