11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Seorang pemain bola sepak yang kini bermain untuk sebuah pasukan dalam Liga Malaysia telah meluahkan rasa terima kasih dan terhutang budi kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim diatas keprihatinan pemilik JDT itu membantu beliau.

Dalam satu luahan panjang di media sosialnya, pemain tersebut mendedahkan bahawa beliau menyesal meninggalkan JDT yang dimiliki TMJ sambil berkata bahawa TMJ adalah seorang majikan yang bagus yang sentiasa menjaga kebajikan pemain.

SHOPEE

Beliau juga amat menghargai TMJ yang masih sanggup membantunya biarpun beliau bukan lagi pemain JDT.

Dalam beberapa lagi perkongsian berbeza, pemain sama juga menjawab beberapa komen ‘kasar’ yang telah dihantar kepadanya.

Dalam perkongsian tersebut, beliau berterima kasih kepada peminat yang terus memberi kata sokongan kepada beliau sambil membuka persoalan berkenaan kepayahan beliau untuk ‘menjadi kuat’ apabila beliau sering ditindas berulang kali.

Pemain ternama itu juga turut mempersoalkan nilai kemanusiaan pihak yang menindasnya dan meminta pihak tersebut jangan menghukum beliau.

Di akhir perkongsian tersebut, pemain tersebut memohon maaf jika ada kesilapan yang beliau telah lakukan dan juga meletakkan simbol yang memberi bayangan beliau masih menanti untuk menerima wang.

Pihak kami buat ini tidak dapat menyatakan nama pemain tersebut di sini, namun amat berharap segala kepayahan dan dugaan pemain ini akan berlalu dan diselesaikan dengan segera.

Kami juga berharap pemain ini akan cepat sembuh dan segala hutang akan dibayar kepadanya dengan kadar segera.