Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop tidak berpuas hati dengan persembahan separuh masa kedua pasukan Bujang Senang malam tadi.
David yang ditemui wartawan selepas perlawanan mengesahkan beliau merasakan persembahan separuh masa kedua Sarawak FA menurun, dimana pasukan bimbingan beliau hilang konsentrasi.
Komen David hadir selepas pasukan Sarawak FA gagal mempertahankan gol mereka daripada dibolosi pasukan Liga Premier MISC-MIFA di dalam perlawanan Pusingan kedua Piala FA malam tadi.
Pada babak pertama, Sarawak FA mendahului dengan jaringan 4-0, namun hampir terjerat dengan kelemahan konsentrasi di atas padang dengan membenarkan MIFA-MISC menjaringkan tiga gol pada babak kedua perlawanan.
Sarawak FA perlu membetulkan kesilapan pada babak kedua sebelum mereka melawan kunjungan pasukan Melaka United.