Kemenangan Kuching FA ke atas Kelantan United tempoh hari rupanya diperhatikan oleh seorang ‘scout’ dari luar Kuching.
Menurut maklumat yang diperolehi oleh pihak kami, seorang scout dari luar Sarawak telah hadir ke perlawanan Kuching menentang Kelantan itu dan beliau dikatakan ditugaskan memerhati beberapa orang pemain dari Kelantan United.
Adalah difahamkan bahawa ‘scout’ tersebut telah diberi tugas untuk mencari pemain baharu bagi sebuah pasukan Liga Premier.
Sungguhpun demikian, persembahan pemain nombor 22 Kuching, yang mana merupakan nombor jersi Zainuddin, telah menarik minat ‘scout’ tersebut.
Adalah difahamkan ‘scout’ tersebut telah memberi komen positif berkenaan persembahan Zainuddin di dalam perlawanan tersbeut yang mana beliau gambarkan sebagai ‘amat berpotensi’.
Zainuddin telah menjaringkan satu gol di dalam perlawanan tersebut dan membuat ‘assist’ kepada gol kedua Kuching.
Pihak kami tidak tahu dan tidak mahu membuat spekulasi berkenaan apakah yang mungkin dilakukan oleh ‘scout’ tersebut berdasarkan pemerhatian beliau, namun berita ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa pasukan Kuching kini semakin mendapat perhatian dari pasukan-pasukan luar Sarawak.
Jika persembahan menarik Kuching dapat diteruskan pada baki perlawanan Liga M3 akan datang, adalah dalam pada itu tidak mustahil beberapa pemain Kuching, dipanggil dan ditawarkan untuk mewakili pasukan-pasukan elit di Liga Malaysia.