Penyerang berbisa Sarawak FA Bobby Gonzales sekali lagi menegaskan bahawa kejayaan beliau menjaringkan 19 gol untuk skuad Bujang Senang musim ini adalah berkat sokongan peminat dan skuad Sarawak.
Beliau yang ditemuramah secara esklusif oleh pihak Goal.com Malaysia menyatakan “Setiap pemain Sarawak telah menunjukkan prestasi terbaik tahun ini, dan ianya adalah berkat persefahaman kami yang semua gol boleh dijaringkan.”
Bobby turut menambah bahawa peminat Sarawak khususnya adalah yang terbaik, sambil berkata “Sungguhpun Sarawak melalui musim yang sukar tahun lepas, peminat telah tanpa jemu menyokong kami, dan ini merupakan satu inspirasi bagi saya untuk melakukan yang terbaik bagi pasukan.”
Dalam temubual tersebut, Bobby turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menolak jika diminta beraksi untuk negara, dan berjanji akan memberikan yang terbaik sekiranya peluang tersebut dihidangkan.