“Saya selesa di Sarawak” – Sani Anuar

Sani Anuar merupakan antara pemain terawal yang menandatangani kontrak baru bersama Sarawak pada musim lepas, dan ini mendorong pihak kami bertanyakan samada beliau mendapat tawaran dari pasukan lain selain Sarawak.

Menurut penjaga gol kelahiran Selangor ini, sememangnya banyak tawaran telah diterima beliau selepas cemerlang bersama skuad Bujang Senang, dan ini termasuklah beberapa tawaran yang turut menawarkan gaji yang agak lumayan.

Sungguhpun demikian, beliau mengambil keputusan untuk kekal bersama Sarawak untuk musim ketiga beliau kerana mengakui beliau amat selesa bersama skuad bimbingan Robert Alberts.

Menurut Sani, jurulatih penjaga gol, Mohana Sundram turut banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau untuk menambahkan prestasi, dan beliau amat selesa dengan bimbingan kedua-dua jurulatih.

Sani turut menyatakan bahawa penyokong Sarawak juga merupakan faktor utama beliau ingin terus kekal bersama skuad Bujang Senang kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menyokong pasukan Sarawak.

Menurut Sani, fenomena seperti ini amat jarang diperolehi jika bermain dengan pasukan lain, dan fenomena sebeginilah yang membuat beliau semakin bersemangat untuk bermain.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top