Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan pasrah dengan hakikat pasukanya sekadar mampu memungut satu mata apabila menentang Terengganu II Ahad lalu.
Beliau yang ditemui selepas perlawanan menyatakan biarpun hanya berjaya mendapat satu mata, pasukan bimbingannya berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam Liga Premier.
“Secara keseluruhannya satu mata adalah satu mata. Kita tidak kalah dan masih mengekalkan rekod tanpa bolos.” kata Elavarasan selepas perlawanan.
Beliau menjelaskan bahawa Liga Premier masih panjang, dan beliau akan menggunakan masa rehat yang ada untuk memperbaiki lagi pasukan di bawah bimbingannya.
“Kita masih ada 18 perlawanan lagi dan masa masih panjang.
“Kita akan betulkan mana – mana yang kita perlu betulkan.” ujarnya lagi.
Kemaraan Sarawak United dalam Liga Premeir disekat Terengganu II Ahad lalu apabila kedua – dua pasukan terpaksa akur berkongsi mata selepas 90 minit saling berbalas serangan di Stadium Hang Jebat.
Sarawak United akan menentang Kelantan FC dalam perlawanan akan datang selepas tempoh rehat singkat Liga Premier.