Sasaran Piala Malaysia 2016 Sarawak ‘sederhana’

Pasukan Sarawak yang telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia musim ini, selepas pertukaran formatnya, telah meletakkan sasaran yang agak ‘sederhana’ sebagai pencapaian di pertandingan tersebut.

Jurulatih Sarawak, David Usop menyatakan bahawa beliau menyasarkan Sarawak mara ke peringkat Suku Akhir sahaja pada musim ini.

Jika pencapaian ini ditepati, Sarawak akan mengulangi pencapaian Piala Malaysia musim lepas di mana pasukan Sarawak terkandas di dalam misi Piala Malaysia mereka pada peringkat Suku Akhir juga.

Menurut David, pasukan yang dianggap ‘kurang besar’ biasanya tidak mudah menyerah dan akan memberi laluan sukar kepada pasukan Sarawak.

David turut menyuarakan kebimbangan beliau berkenaan format baru Piala Malaysia yang mana mungkin menyaksikan Sarawak bergelut dengan kecederaan berikutan pertandingan tersebut akan berlangsung bersama-sama Liga Super musim ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top