Pasukan Sarikei FA boleh memusnahkan impian Pasukan Kapit FA di dalam Liga Bolasepak Rakyat Zon Borneo II petang ini sekiranya mereka mampu menang di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Sarikei yang akan bertemu Kapit di laman sendiri, dilaporkan mempunyai kelebihan berikutan makluman bahawa Kapit kini tempang tanpa ketiadaan beberapa orang tonggak utama di dalam pasukan.
Sungguhpun demikian, dengan Kapit hanya memerlukan satu mata untuk ke pusingan seterusnya, Sarikei perlu berusaha keras bagi memastikan Kapit tidak menjaringkan gol pendahuluan pada perlawanan yang dijangka sengit petang ini.
Dalam perkembangan sama, peluang Sarikei untuk ke peringkat seterusnya juga akan terbuka luas sekiranya berupaya mengalahkan Kapit petang ini.