Kelab bolasepak Sarawak United hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membuat siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Premier di antara Sarawak United dan Kelantan United secara bayar-setiap-pandangan (atau Pay-per-view).
Bayar-Setiap-Pandangan, ayau lebih dikenali sebagai PPV, merupakan satu cara penjualan rancangan, khususnya rancangan esklusif, dengan bayaran dikenakan bagi setiap rancangan yang ingin di tonton.
Dalam kes ini, rancangan yang bakal dijual Sarawak United adalah perlawanan Liga Premier Sarawak United menentang Kelantan United pada hari Ahad kelak.
Buat masa ini, Sarawak United hanya mengesahkan mereka akan mebawakan perlawanan tersebut secara langsung melalui PPV dengan harga RM10 dikenakan.
Kelab tersebut juga telah memaklumkan bahawa mereka akan mengumumkan cara dan kaedah bayaran untuk PPV tersebut kelak.
“Sebentar tadi admin ada post membuat poll/undian adakah ramai yg bersetuju jika kita membuat PAYPERVIEW LIVE MATCH RM10 untuk perlawanan SARAWAK UNITED vs KELANTAN UNITED Ahad ini.
“Kami banyak menerima jawapan ‘YA’ dan kami akan umumkan bagaimana cara untuk membuat bayaran nanti di posting akan datang.” kata Sarawak United dalam kenyataan ringkas di laman sosial rasminya.
Dalam perkembangan sama, penggunaan PPV dijangka akan menaikkan lagi sumber pendapatan kelab tersebut.
Adalah difahamkan, perlawanan Sabah FC menentang Sarawak United tempoh hari telah ditonton lebih 10,000 peminat seluruh negara ketika ianya disiarkan secara langsung oleh penaja kelab Sabah FC, melalui BallRzTV.