Sarawak United dikhabarkan mahu memperkuatkan jenama kelab tersebut dahulu melalui kejuaraan Liga Premier musim ini bagi membolehkan kelab tersebut menarik lebih ramai pelabur dan penaja kepada kelab tersebut.

Menurut satu satu kenyataan yang dikongsikan oleh laman rasmi Sarawak United, Sarawak United mahu ke Liga Super 2022 bagi memperkasakan jenama kelab tersebut.

Dikhabarkan bahawa untuk melakukan ini, kelab tersebut, dibawah B. Sathianathan, telah mula mengubah cara kelab tersebut diuruskan.

Antara yang kini sedang diubah adalah penstrukturan semula pengurusan, penambahbaikan kemudahan latihan serta pembangunan bakat muda untuk kelab tersebut.

Sarawak United musim ini berwajah baharu apabila pemiliknya, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengambil langkah melantik Santhianathan sebagai Pengarah Teknikal terbaharu kelab tersebut.
Hasilnya adalah kemasukan beberapa pemain ternama dari dalam dan luar negara ke kelab Liga Premier tersebut.