Biarpun telah mengecapi dua kemenangan dalam Kumpulan A Piala Malaysia, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan enggan pasukan dan peminatnya mengambil lawan mereka sambil lewa.
Menurut Elavarasan, tiga mata yang cukup berharga ini sangat membantu pasukan untuk mengukuhkan kedudukan bagi merebut slot ke suku akhir, tetapi mengakui dua perlawanan yang telah ditempuh bukanlah semudah yang disangka.
Elavarasan turut mengakui bahawa mereka tidak menyangka akan menang ke atas Sri Pahang kerana pasukan Tok Gajah itu adalah pasukan yang baik.
“Kami pun tidak sangka dapat menang dalam aksi itu sebab tahu Pahang memang satu pasukan yang baik.” kata Elavaran selepas perlawanan.
// BELI KEYCHAIN SARAWAK UNITED EDISI KHAS
“Secara keseluruhan saya tengok kita mungkin sebenarnya ada peluang yang lebih banyak untuk menjaringkan gol dan apabila kita berjaya, nampak Pahang dah mula bagi tekanan kepada kita.
“Tetapi Taylor Regan berjaya mengatur dengan baik di bahagian pertahanan dan sebab itu tidak banyak ruang yang lawan dapat untuk jaringkan gol”, jelasnya lagi.
Sarawak United kini unggul di persada Kumpulan A Piala Malaysia 2021 dan kemenangan ke atas Sri Pahang telah mengukuhkan kedudukan pasukan milik Posa Majais itu untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Piala Malaysia.