Sarawak United tiada masalah pembayaran gaji

Liga Malaysia yang ditangguhkan sejak Mac lalu akibat wabak COVID-19 menyaksikan hanya tiga pasukan berstatus kelab yang tidak berdepan masalah kewangan yang ketara.

Tiga pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City (PJ City) dan Sarawak United.

Laporan Harian Metro memetik Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan Kelab Profesional Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed yang mendedahkan tiga pasukan tersebut adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City (PJ City) dan Sarawak United.

Firdaus memeberitahu bahawa ketiga-tiga kelab itu tidak langsung berdepan masalah pembayaran gaji kerana ia dimiliki pemilik dalam kalangan ahli perniagaan dan tokoh korporat berjaya.

Ini berlainan dengan pasukan lain yang meskipun telah menukar status kelab , tetapi mereka masih bergantung dengan banyaknya kepada dana kerajaan negeri.

ini menyaksikan kelab – kelab tersebut berdepan dengan pelbagai masalah kewangan termasuk tunggakan gaji pemain.

“Apabila berlaku Covid-19 ini baru kita nampak, contohnya baru-baru ini isu pasukan Kedah yang sangkut gaji disebabkan penaja lambat bayar dan dana kerajaan negeri yang beri keutamaan dahulu kepada rakyat.

“Tapi bila ada pemegang saham atau pemilik sesebuah pasukan, tahulah mereka macam mana nak buat bagi menangani masalah ini.

“Pemilik kelab boleh datang daripada individu korporat yang memang mencintai bola dan ada duit.

“Ataupun, mungkin pemilik kelab ini tidak semestinya seorang atau dua, ia boleh sampai lapan orang yang bergerak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab.

“Di situ, ia boleh membantu antara satu sama lain, jadi inilah yang seharusnya FA fikirkan dan bantu segera mencari pemilik pasukan,” katanya kepada Arena Metro.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top