Sarawak United ‘simpan’ semua pemain tempatan musim ini

Kelab bolasepak Sarawak United kini sedang merancang pasukannya untuk musim akan datang.

Antara yang terkandung dalam perancangan kelab tersebut adalah menambahkan bilangan pemain kelahiran Sarawak di dalam pasukan yang menggunakan nama Sarawak tersebut.

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais memberitahu Suara Sarawak bahawa bilangan pemain tempatan di dalam pasukan Sarawak United pada musim hadapan akan sekitar 80 peratus, dengan selebihnya diisi pemain import dan pemain bukan kelahiran Sarawak.

Bagi mencapai peratus tersebut, Posa juga menyebut bahawa semua pemain dari Sarawak akan dikekalkan pada musim hadapan.

“Kita hanya akan ambil sedikit sahaja import dari Semenanjung yang betul betul bagus” kata Posa kepada Suara Sarawak.

“Oleh itu, semua pemain tempatan musim 2020 akan dikekalkan.” katanya lagi.

Pada musim ini, Sarawak United telah berbelanja besar dengan membawa masuk nama – nama pemain ternama bagi memperkuatkan pasukan tersebut yang pada asalnya dikenali sebagai Selangor United.

Sungguhpun demikian, pasukan tersebut gagal mencabar apabila mengakhiri musim dengan menghuni tangga ke-11 Liga Premier, dan gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top