Sarawak United hampir pasti tidak akan menambah pemain import

Kelab bola sepak Sarawak United dijangka tidak akan terkesan dengan keputusan Malaysia Football League (MFL) membenarkan sehingga sembilan pemain import dalam pasukan Liga Super musim hadapan.

Ini adalah kerana kelab tersebut kini dikhabarkan telahpun dikenakan sekatan perpindahan pemain ekoran kegagalan membayar tunggakan Sandro da Silva, yang merupakan bekas pemain bola sepak kelab tersebut musim lalu.

Jika benar, Sarawak United akan samada terus menggunakan tenaga pemain import sedia ada yang mereka miliki dan akan memantapkan pasukan mereka dengan pemain – pemain muda yang sudahpun ada dalam pasukan tersebut.

Sebelum ini, MFL telah mengumumkan bahawa bilangan pemain import untuk Liga Malaysia ditambah sehingga sembilan.

Sungguhpun demikian, keputusan tersebut mendapat reaksi pelbagai daripada peminat sukan negara sungguhpun MFL mensyaratkan bahawa tidak semua pemain import tersebut boleh diturunkan dalam satu satu perlawanan.

Keputusan MFL itu juga menyaksikan Liga Super dikembangkan kepada 18 pasukan, dan Liga Premier dimansuhkan untuk diganti menjadi Liga Semi-Pro pada masa akan datang.

Semua pasukan bukan simpanan dalam Liga Premier akan dimasukkan ke Liga Super, sekaligus menjadikan saingan musim hadapan lebih menarik.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top