Kelab Bolasepak Sarawak United telah melancarkan jersi bagi musim 2020.
Jersi ‘home’ yang seperti direka khas untuk pasukan Sarawak United itu menggunakan warna-warna bendera Sarawak, dengan warna hitam dan merah menjadi asas kepada rekaan kali ini.
Kedua-dua warna hitam dan merah disusun sehinggakan ianya membentuk belang unik dan menarikbpada jersi tersebut.
Di bahagian kolar baju, warna kuning dan merah telah dijadikan sebahagian daripada kolar jenis V jersi berkenaan, sekaligus menjadikannya amat menarik.
Warna merah pula menjadi warna utama pada bahagian lengan.
Jersi home Sarawak United dipadankan dengan seluar merah jenama Joma.
Bagi jersi away pula, ianya adalah serba putih dengan sedikit tirisan warna hitam.
Seperti juga jersi home, jersi away Sarawak United turut kelihatan menarik.
Kedua-dua jersi dijual pada harga RM89.90.
Dapatkan jersi terhad SarawakCrocs pada harga RM60 di www.TheKedey.com atau whatsapp +60135693485 [Don] untuk pra-tempah.