Kelab bola sepak Sarawak United sah akan ke suku akhir selepas menewaskan gergasi bola sepak, Sri pahang malam tadi.
Dalam perlawanan sengit tersebut, Sri Pahang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-14 melalui Kenjok Wal Athiu.
Sarawak United kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 melalui penyerang sensasinya Sandro Medonca, sebelum memastikan tempat ke suku akhir miliknya dengan jaringan pada minit kecederaan perlawanan melalui Abdul Rahim.
Kemenangan itu memberikan Sarawak United tiga mata penuh untuk menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A Piala Malaysia, sekaligus menyaksikan kelab yang dibimbing E Elavarasan itu sah ke suku akhir dengan satu lagi perlawanan dalam tangan.
>> DAPATKAN VOUCHER DISKAUN SHOPEE
Selepas perlawanan, ketua jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh jelas kecewa dengan kekalahan tersebut dan menyatakan beliau agak kecewa dengan keputusan pengadil.
Sungguhpun demikian, beliau menerima keputusan dan tetap memuji persembahan anak buahnya.
“Kita dah bagi yang terbaik. Kita dapat gol awal, tapi yang saya rasa kecewa adalah dengan keputusan pengadil hari in.” kata Dollah selepas perlawanan.
“Tetapi apa boleh buat, dalam perlawanan, kita dkena terima keputusan.
“Corak permainan kita boleh dibanggakan, cuma keputusan menghampakan kita.” jelas jurulatih berpengalaman itu lagi.
Kekalahan Sri Pahang bermakna pasukan tersebut kini tidak alagi dapat ke suku akhir Piala Malaysia.