Sarawak United boleh main di Liga M3

Kelab bola sepak Sarawak United boleh memilih untuk bermain di Liga M3 sekiranya rayuan mereka untuk Lesen Kebangsaan menemui jalan buntu kelak.

Menurut laporan MalayMail, langkah tersebut mungkin bagi pasukan Sarawak United dan Melaka United yang kedua -duanya gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Laporan akhbar tersebut memetik CEO Malaysia Football League (MFL) Stuart Ramalingam sebagai berkata Sarawak United dan Melaka United kedua – duanya boleh bermain di Liga M3, yang mana merupakan Liga Amatur Malaysia.

Sungguhpun demikian, Stuart menegaskan bahawa kemasukan Sarawak United mahupun Melaka United ke Liga M3 adalah tertakluk kepada penerimaan Amateur Football League (AFL), yang merupakan badan yang mentadbir liga tersebut.

Sarawak United kelmarin menerima tamparan hebat selepas disahkan gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan untuk membolehkannya bermain di Liga Super 2023.

Kelab yang dijenama semula dari Selangor United itu gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan ekoran gagal memenuhi kriteria penilaian badan First Instance Body (FIB) MFL.

Sungguhpun demikian, Sarawak United mempunyai sehingga 5PM, 19 Oktober ini, untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top