Kelab bola sepak Sarawak United meneruskan penguasaan mereka di dalam Liga Premier dengan membelasah pasukan Skuad FAM – MSN pada Sabtu lalu.
Pasukan bimbingan E. Elavarasan itu tidak menunggu lama untuk seawal minit ke-15 Uche Agba meledakkan gol pembukaan perlawanan.
Selang seminit kmudian, Agba sekali lagi menjaringkan gol untuk pasukan Sarawak United dengan menolak masuk masuk hantaran bekas pemain kebangsaan, S Chanturu.
Agba sekali lagi menghukum kesilapan barisan pemain muda Skuad FAM – MSN dengan hatrik menarik pada minit ke-29.
S Chanturu kemudiannya memastikan Sarawak United terus selesa apabila menolak masuk hantaran lintang Muhammad Gopi Rizqi seminit sebelum babak pertama tamat.
Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Yusri Che Lah mula menampakkan permainan lebih aggresif, dan hasilnya Muhaimin Izuddin Muhamad Asri memecahkan rekod tanpa bolos Sarawak United melalui jaringan pada minit ke-57 menerusi sepakan penalti Azhad Harraz Azman.
Biarpun demikian, go tersebut gagal menyekat kemaraan pasukan Kenyalang Emas apabila Agba sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-60 dan Abdul Rahim Abdul Razak serta Tommy Mawat memastikan Skuad FAM – MSN tidak mampu bangkit lagi apabila menjaringkan gol terakhir perlawanan pada minit ke-89.
Keputusan penuh, 7 Sarawak United, 1 Skuad FAM – MSN.
Kemenangan tersebut meletakkan Sarawak United di tangga teratas Liga Premier selepas lawan terdekatnya, Negeri Sembilan, tewas kepada Kelantan United.