Dalam membina pasukan baharu musim hadapan, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais menyatakan bahawa Sarawak United akan memilih pemain import baharu yang mempunyai fizikal yang bersesuaian.
Beliau dalam temubual esklusif dengan Suara Sarawak berkata bahawa ketinggian pemain import tersebut bakal menjadi antara kriteria utama di dalam pemilihan tersebut.
Ini adalah memandangkan pemain tempatan mempunyai saiz badan yang agak kecil untuk bersaing ketika bola tinggi.
“Kebanyakan pemain kita rendah… jadi agak sukar untuk bersaing bola tinggi, kata Posa kepada Suara Sarawak.
“Oleh itu, kita mahu pemain yang tinggi untuk posisi tertentu… terutamanya pertahanan.” katanya lagi.
Kenyataan Posa itu seperti memberi bayangan bahawa pasukan bimbingan E Elavarasan itu bakal mempunyai pemain – pemain import baharu pada musim hadapan.
Pada musim ini, empat pemain import bermain untuk pasukan milik FAS tersebut, yakni Patrick Ronaldinho Wleh, Demerson Bruno Costa, Gabriel Miguel Guerra dan Milad Zanidpour Mansour.
Kesemua pemain import tersebut berketinggian sekurang – kurangnya 1.78cm, dengan Ronaldinho mempunyai ketinggian tertinggi, yakni 1.90cm.