Kelab bolasepak Sarawak United mengesahkan mereka akan melaksanakan sistem Pay-per-view (PPV) atau Bayar – Mengikut – Tontonan untuk perlawanan derbi mereka dengan Kuching City FC esok.
Perlawanan seteru setempat itu bakal berlangsung di Melaka kerana Sarawak United telah menjadikan Stadium Hang Jebat sebagai stadium utama mereka untuk pusingan pertama Liga Premier musim ini.
Menurut laman rasmi Sarawak United, kaedah pembelian pas PPV untuk perlawanan tersebut bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Pertarungan kedua – dua pasukan dijangka sengit dan menarik dengan Sarawak United dilihat bakal mempunyai kelebihan di atas kertas, jika dibandingkan dengan Kuching City.
Dalam perlawanan – perlawanan terdahulu, Kuching City telah menang sebanyak dua kali ke atas pasukan Sarawak United.