Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dikhabarkan tidak mempunyai duit untuk membayar gaji pemain pada bulan Disember kelak
Begitulah khabar yang diwar-warkan laman sosial Kaki Bola ketika menyatakan beberapa titik penting ketika TMJ berjumpa dengan tetamu khas baharu ini.
Menurut Kaki Bola, fakta-fakta tersebut adalah hasil dari perjumpaan dua jam, dan ianya tidak dihebahkan.
Kaki Bola turut menambah bahawa TMJ dalam pada itu akan cuba membantu Sarawak berkenaan isu gaji ini dengan mendapatkan dana bagi menyelesaikan masalah tersebut.