Skuad Bujang Senang akan turun tanpa pemain utamanya Billy Mehmet malam ini kerana beliau tidak dibawa ke Paroi malam ini.
Billy yang merupakan penjaring terbanyak skuad Bujang Senang dikatakan mengalami cirit birit yang teruk sebelum berlepas dan terpaksa ditinggalkan di Kuching.
Menurut jurulatih sementara Sarawak David Usop, ketiadaan Billy sedikit sebanyak merencatkan perancangan beliau namun beliau akan melakukan sedikit rombakan kepada skuad bimbingannya.
Tambah David, keadaan semakin teruk apabila pemain gantian bagi Billy, yakni Shreen Tambi juga tidak cergas untuk beraksi.
Sungguhpun demikian, David tetap yakin pasukannya akan memberikan yang terbaik semasa Sarawak menentang ATM malam ini.
Beliau turut melahirkan perasaan lega bahawa pemain pertahanan kental Ronny Harun sudah dapat diturunkan.
Sarawak akan menentang ATM malam ini di Stadium Paroi pada jam 8:45PM.
Sumber: Utusan