Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dalam satu sidang media khas hari ini mengesahkan, dan sekaligus menamatkan spekulasi isu jurulatih Sarawak FA selepas mengumumkan bahawa K. Rajagobal sebagai Ketua Jurulatih skuad Bujang Senang.
K. Rajagobal yang berumur 59 tahun tidak terikat dengan mana-mana pasukan sebelum ini dan telah menghabiskan banyak kariernya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan, termasuk melatih skuad Harimau Muda. Sungguhpun berjaya menaikkan status bolasepak Malaysia di peringkat Asia Tenggara, Rajagobal menyaksikan dirinya diganti oleh Ong Kim Swee tahun lepas selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan ditonjolkan skuad Harimau Malaya. Beliau telah mengambil keputusan berehat sementara dari bolasepak selepas itu.
Rajagobal dijangka akan terus mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang jurulatih sementara Fuad Gbersik, dan dijangka akan mempunyai kuasa autonomi di dalam pemilihan pemain bagi musim 2016. Beliau walaubagaimanapun tidak akan mengemudi skuad Bujang Senang bagi kempen Piala Malaysia musim ini dimana tugas tersebut akan digalas David Usop.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] was announced as Sarawak’s new coach at the end of last season and was tauted by many as a coach possible of changing Sarawak’s […]