Pasukan Bujang Senang yang memerlukan kemenangan malam ini sekadar mampu seri 1-1 di Stadium Negeri.
Lawan Sarawak, Kelantan sebaliknya pulang ke Kota Bharu gembira kerana bekalan tersebut mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan pertengahan Liga Super.
Sarawak yang bermula garang pada babak pertama perlawan mendahului pada minjt pertama melalui jaringan Junior Aparecido.
Pada minit ke-42, Kelantan menyamakan kedudukan melalui Wan Zaharulnizam.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang yang ada, sekaligus menyaksikan keputusan seri sehingga perlawanann tamat.