Sarawak bakal kembali beraksi di Liga Super musim hadapan selepas skuad bimbingan Fuad Grbersik berjaya menewaskan Lions XII di Stadium Negeri malam ini.
Kemenangan ini sekaligus memastikan Sarawak, kini pada kedudukan kesepuluh dengan mengumpul 19 mata, mengekalkanmenambahkan jarak mata dari pasukan ATM yang mengalami kekalahan kepada Sime Darby hari ini.
Dengan Liga Super melabuhkan tirainya Sabtu ini, jarak lapan mata yang memisahkan Sarawak dengan ATM yang berada di zon bahaya, adalah cukup baik untuk memastikan Bujang Senang kekal di Liga Super musim hadapan.
Perlawanan terakhir Sarawak di Kota Bharu dalam pada itu tidak lebih dari satu perlawanan pelengkap kerana sebarang tambahan mata tidak akan mengubah kedudukan Sarawak di dalam liga.
Dalam pada itu, boleh disahkan kini bahawa Sarawak akan mengakhiri musim 2015 Liga Super di kedudukan kesepuluh, dan sekaligus melayakkan diri mereka ke pertandingan Piala Malaysia pada musim ini.
PROMOSI BERBAYAR:
Dapatkan baju edisi terhad acara media sosial HashtagLive Kuching (#LiveKCH) sekarang pada RM50 di http://shop.insarawak.net sementara order masih dibuka.