Penyerang Sarawak Ryan Griffith telah melahirkan kemarahan beliau berkenaan artikel sebuah akhbar termpatan yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia berkenaan kemungkinan Sarawak akan kalah 8-0 kepada JDT malam ini.
Artikel yang bertajuk “JDT mampu makan besar” hasil tulisan Syed Riduan Ahmad membuat ramalan bahawa Sarawak akan tewas lapan gol tanpa balas apabila berhadapan dengan skuad Harimau Selatan pada malam ini di Stadium Negeri.
Ryan, yang sudah pasti akan diturunkan malam ini mengeluarkan tweet:
“JDT 0-8 winners? Over my dead body!!!” (JDT menang 8-0? Langkah mayat saya dahulu!)
Reaksi Ryan turut dikongsi sama oleh beberapa peminat tegar Sarawak yang lain yang mana meluahkan rasa kurang senang berkenaan ramalan Syed tersebut.
Seorang peminat, Syaifree dalam tweetnya kepada SarawakCrocs menyatakan bahawa Syed adalah seorang peminat Selangor, dan beliau mungkin membuat ramaln tersebut dengan tujuan provokasi agar Sarawak menang ke atas JDT malam ini, dan sekaligus memberi laluan mudah kepada Selangor untuk menjuarai Liga Super.
Komen Syaifree adalah bertempat kerana umum tahu bahawa Selangor dijangka tidak menghadapi masalah apabila bertemu PKNS FC yang bukan sahaja sudah pasti gugur ke Liga Perdana pada musim hadapan, tetapi juga adalah sebuah pasukan dibawah naungan Persatuan Bolasepak Selangor, yang juga menaungi pasukan Selangor.
Dalam pada itu, Junior Eldstal turut mengeluarkan tweet yang menyatakan bahawa “Tidak ada pasukan selain Sarawak akan memenangi sebarang piala di Stadium Negeri”, sambil beliau membuat janji akan bermain bermati-matian malam ini demi untuk Sarawak.