Sarawak hampir pasti tandatangani G Mahathevan

Sarawak berkemungkinan besar akan menandatangani pemain tinggi lampai G Mahathevan sebagai pengganti Junior Eldstal yang telah meninggalkan skuad Bujang Senang untuk menyertai pasukan Gergasi Merah Selangor.

Menurut sumber SarawakCrocs.com yang dipercayai, pemain tengah yang dahulunya pernah bermain untuk Penang FA berjaya memikat Robert Alberts semasa sesi ujian baru-baru ini, dan ketinggian beliau juga dilihat sebagai aset penting dalam merencanakan perancangan taktikal Robert Alberts.

Umum tahu bahawa Mahathevan yang berusia 26 tahun telahpun berada di Kuching baru-baru ini untuk sesi pengujian bersama skuad Bujang Senang dan beliau telah dilihat bermain semasa aksi persahabatan Sarawak menentang beberapa pasukan tempatan.

Mahathevan yang juga pernah bermain bersama T-Team, Negeri Sembilan dan PKNS, juga merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia telah berjaya menjaringkan 7 gol sepanjang karier professionalnya, dan merupakan antara pemain tengah terbaik pasukan terdahulunya, Penang FA.

Beliau dikatakan setaraf corak permainannya dengan K Nantakumar, yang mana memiliki sentuhan yang kemas.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top