Pasukan Liga Premier Sarawak FA sedang menguji pemain jepun Kento Fujihara.
Kento yang merupakan pemain pertahanan berumur 25 tahun, dan beliau telah diturunkan ketika perlawanan persahabatan menentang Felda United malam tadi.
Menurut maklumat di WikiPedia, Kento hanya telah bermain dengan dua pasukan setakat ini, yakni Albirex Niigata FC di Liga Singapura selama dua tahun, sebelum berhijrah ke Nagaworld di Liga Cambodia pada tahun lepas.
Rekod Kento juga memberi gambaran bahawa beliau merupakan pemain utama ketika bermain untuk kedua-dua pasukan, dak tempoh dua tahun beliau bersama Albirex memberi indikasi bahawa beliau adalah seorang pemain yang berkebolehan.
Sarawak FA mempunyai satu slot import lagi yang belum diisi, dan Presiden FAS Dato Posa Majais telah mengumumkan bahawa posisi tersebut akan diisi oleh pemain dari Perth Glory, dengan syarat ‘rundingan berjaya’.
Sungguhpun demikian, dengan tarikh akhir pendaftaran pemain semakin dekat, berkemungkinan Sarawak FA akan mengubah haluan dan mengambil Kento yang dilihat cukup berkemampuan sebagai pemain pertahanan.