Pasukan Sarawak FA hanya memerlukan satu mata sahaja untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya di dalam Challenge Cup 2019.

Penolong Jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail optimis dengan peluang pasukan bimbingannya dan menyeru pemainnya agar tidak mensia-siakan peluang apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi terakhir Kumpulan A malam ini kelak.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Denny dipetik dalam akhbar Utusan Borneo sebagai berkata “Peluang kita untuk ke separuh akhir sangat cerah. Namun kita memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mengesahkan tempat.

Misi Sarawak walaubagaimanapun terhalang dengan ketiadaan tiga pemain utama yakni Shreen Tambi, Hudson Dias dan Mohamad Alif Hassan.

Ketiga-tiga pemain tersebut merupakan tunjang belakang kepada pasukan Bujang Senang dan ketidakhadiran mereka mungkin akan merencatkan perancangan pasukan bimbingan Denny pada aksi jam 8:15PM malam ini di Stadium Sarawak.

Sarawak kini dikedudukan tercorot Kumpulan A namun memiliki mata yang sama dengan Kelantan FA dengan kelebihan satu perlawanan.