Sarawak FA layak ke play-off Liga Premier

Pasukan Liga Premier Sarawak FA kekal di kedudukan terakhir Liga Premier biarpun menang ke atas Selangor United malam ini.

Ini adalah kerana Kelantan FA telah berjaya memenangi perlawanan mereka dan mengutip tiga mata berharga bagi memastikan mereka tidak dipintas.

Ini bermaksud Sarawak kini akan menentang pasukan di Liga M3 bagi menentukan siapa akan bermain di Liga Premier pada musim hadapan.

Sarawak dalam pada itu masih berpeluang kekal di Liga Premier sekiranya mampu menang di dalam perlawanan play off kelak.

Bagi peminat sejati bolasepak Sarawak, kedudukan terakhir Sarawak di tangga tercorot Liga Premier musim ini sukar diterima namun mereka tetap berharap Sarawak akan terus kekal di Liga berkenaan dan tidak menjunam masuk ke Liga M3 pada musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top