29 JUN – Pasukan Sarawak FA melaungkan keyakinan mampu mencuri sekurang-kurangnya satu mata dari Kota Bharu Sabtu ini apabila pasukan dengan jolokan nama Bujang Senang itu menentang Kelantan FA.
Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais dipetik Utusan Borneo sebagai berkata bahawa beliau yakin Sarawak FA akan bangkit menentang Kelantan FA kelak, dengan sekurang-kurangnya mengutip satu mata dari perlawanan penting tersebut.
Beliau turut meminta pemain melupakan episod kekalahan ketika perlawanan persahabatan di Sabah sebelum Hari Raya, dan menyifatkan bahawa perlawanan yang membariskan ramai pemain muda kelahiran Sarawak itu sebagai ‘aksi pemanas badan’.
Ketua Jurulatih Sarawak FA dalam pada itu turut melahirkan keyakinan bahawa pasukan bimbingannya berkeupayaan membawa pulang mata dari Kota Bharu. – SarawakCrocs.com