Sarawak FA lancar jersi bermotif Dayak untuk musim 2017

Pasukan Bujang Senang hari ini melancarkan jersi musim 2017 yang terkini seperti di bawah.

Lagi gambar adalah dalam album dibawah.

Jersi tersebut menampilkan kelainan berbanding jersi tradisional dengan ianya mempunyai corak Dayak yang besar sebagai sebahagian utama baju berkenaan.

Untuk perlawanan di Stadium Negeri, Sarawak akan mengenakan jersi berwarna merah, manakala perlawanan di tempat lawan akan menyaksikan pasukan Bujang Senang mengenakan baju berwarna hitam. Jersi ketiga pasukan Sarawak pada kali ini berwarna hijau.

Jersi berbentuk tribal tersebut kini boleh didapati di semua gedung Lea Sports Centre (LSC) dengan harga RM159.90 untuk edisi pemain, RM89.90 untuk edisi peminat (replika), dan RM69.90 untuk versi kanak-kanak.

Untuk lebih banyak gambar, sila ke instagram kami @SarawakCrocs

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top