Pasukan Bujang Senang hari ini telah melancarkan jersi baharu bagi musim 2018.
Jersi yang berwarna merah dan putih itu adalah seperti yang kami war-warkan sebelum ini dengan corak ala kek lapis atau tikar menghiasi garisan merah yang membentuk belang di bahagian hadapan jersi tersebut.
Jersi kedua yang juga merupakan jersi away berwarna biru, seperti yang kami gambarkan sebelum ini.
Corak jersi biru adalah sama seperti jersi merah dan putih, namun bagi kami, ianya kelihatan lebih menarik.
Mengikut laman web LSC, buat masa ini, harga jersi ditetapkan pada harga RM119.90 untuk versi original, dan RM59.90 untuk versi replika. Ini adalah penurunan harga berbanding harga jeri lepas yang jauh lebih mahal.
Menariknya, jersi-jersi kali ini bersifat kemas, dan tidak memiliki sebarang lambang penaja utama, kecuali lambang LSC dan FAS Holdings.
Ikuti kami di laman sosial instagram: @SarawakCrocs untuk lebih banyak gambar!
Jersi Tribal SarawakCrocs juga dijual dibawah dengan harga RM70 original.