Pasukan Sarawak FA menghidupkan peluang di dalam Challenge Cup 2019 apabila menewaskan Kelantan FA 2-0 di Kota Bharu malam ini tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Sarawak bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Kelantan.
Hasilnya, pada minit ke-27, Hudson Dias menjaringkan gol pertama perlawanan selepas menanduk masuk bola hantaran
Pada babak kedua, Sarawak melebarkan jurang gol apabila Zahrul Nizwan merembat cantik hantaran Abdul Rahim melalui sepakan basikal yang cukup padu, sekaligus menyaksikan penjaga gol Kelantan, Mohammad Fikri Che Soh terpaku,.
Kelantan cuba merapatkan jurang gol namun Sarawak terus bertahan sekaligus menyaksikan Sarawak mengutip tiga mata berharga pada Challenge Cup 2019.