Sarawak FA boleh mencipta kejutan

Personality sukan Astro Arena,  Dayang Zainatull Aqma percaya pasukan Bujang Senang boleh mencipta kejutan di dalam Liga Malaysia.

Beliau yang ditemuramah SarawakCrocs berkenaan prestasi semasa pasukan bimbingan David Usop itu tidak menafikan bahawa Sarawak FA ‘lambat panas’ musim ini, namun beliau berharap situasi itu hanya sementara dengan pasukan Bujang Senang lebih ‘panas’ pada perlawanan akan datang. 

Gadis manis dari Kuching itu menambah bahawa adalah juga lebih baik Sarawak FA meningkat secara perlahan-lahan daripada terus mempunyai prestasi terbaik pada awal musim, tetapi jatuh teruk pada pertengahan dan akhir musim. 

Zainatull turut menyatakan bahawa beliau sebagai peminat bolasepak Sarawak, seperti juga peminat lain, kini hanya mampu berharap akan yang terbaik buat masa ini,  tetapi beliau berdoa bahawa harapan tersebut tidak sia-sia. 

Mengulas lebih lanjut, Zainatull mengakui bahawa ramai pasukan tidak melihat Sarawak FA sebagai pesaing musim ini, namun beliau percaya, pasukan yang kini dibarisi rata-rata pemain ‘anak jati Sarawak’  itu akan memberikan kejutan di saat ramai tidak menduga. 

Sarawak FA kini memiliki empat mata dari lima perlawanan Liga Super setelah menang sekali,  seri sekali, dan tewas tiga kali. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top